Hansya Amie .
2018
19/09/18 - 11:15 PTG - 0 comments

Assalamualaikum dan hai semua. Dah masuk tahun 2018, banyak benda dan perkara yang dah berubah. Kehidupan Hanis pon banyak berubah. Hanis dah tak aktif berblog macam dulu. Lama sangat tinggal dunia blog ni sampai nak edit semua semua tu dah lupa. oh myy. Hanis duk baca balik entry yang lama lama. rindu sangat rasa nak berblog balik tapi macam tak je.. hahahha

Apa yang best berblog ni? Bagi Hanis sebenarnya best sangat. Boleh luahkan segalanya dalam blog, boleh share macam macam, boleh asah bakat menulis, boleh jana idea jugak dan boleh tambah ilmu sebenarnya. Tapi Hanis tak sempat. Sibuk dengan urusan-urusan semua. Masa tahun 2016-2017 memang tak sempat sebab Hanis lepas SPM tu kerja sekejap dalam sebulan je.. Pastu dapat tawaran matrikulasi, Hanis masuk matrikulasi masa tu. Matrikulasi Penang. Best sangat pengalaman masuk matrik ni. Tak boleh banding dengan di universiti ni.

Alhamdulillah.. Mengimbau kembali masa dekat matrik, memang kelam kabut dan busy banyak kelas...tapi semuanya cepat sampai sedar tak sedar dah kemas barang semua nak balik sebab habis dah. Pengalaman duk matrik memang manis, semua yang pahit akhirnya jadi manis jugak. rindunya ya Allah. opss ter emo pulak.

Sekarang ni Hanis dah masuk universiti dah. Hebat kan perancangan Allah SWT. Masuk universiti memang happy boleh sambung belajar, Tapi banyak cabaran dan dugaan jugak. Banyak kena fikir, semua kena buat keputusan sendiri, semua atas diri sendiri. Last kena positifkan diri sendiri untuk terus berusaha dan capai kejayaan yang dikejar selama ni. InsyaAllah.






















Al Muallim - Sami Yusuf



Pengikut Setia



Ini Saya.




Profile



Borak-borak .




Cerita Menarik di Sini .






Nuffnang